Header Ads

test

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah melahirkan rasa sukacita ...


Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah melahirkan rasa sukacita dengan agenda yang dirancang di bawah pimpinan Menteri Besar Kedah dalam membangunkan negeri ke arah The Greater Kedah. Baginda juga memberi penghargaan kepada Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), jentera pentadbiran awam negeri dan persekutuan serta barisan petugas keselamatan dan kesihatan di atas komitmen yang diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan. Baginda berharap prinsip GREAT Civil Service dan nilai "positive thinking" yang diketengahkan oleh Dato' Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha meningkatkan kualiti penjawat awam dan perkhidmatan kerajaan dapat dilaksanakan oleh semua penjawat awam di negeri ini. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/4/2024, 2:15:11 PM 

Tiada ulasan