Header Ads

test

TOKOH HEBAT DIKALANGAN MASYARAKAT BALING- Guru-guru al-Quran sukarela, mudim, bidan-bidan kampung, bomoh patah, penggali kubur ...


TOKOH HEBAT DIKALANGAN MASYARAKAT BALING- Guru-guru al-Quran sukarela, mudim, bidan-bidan kampung, bomoh patah, penggali kubur dan jurumandi jenazah merupakan tokoh-tokoh hebat yang luar biasa dikalangan masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, peranan penting tokoh-tokoh ini tidak boleh dinafikan sama sekali. "Tuan gurulah yang mendidik anak bangsa mengenal kalam Allah. Kalian insan terpilih untuk terus mendidik anak bangsa. Apa yang diberikan kerajaan negeri tidak seberapa untuk dibandingkan pengorbanan mereka. "Yakin dan percayalah dalam ribuan dan jutaan murid-murid yang kalian didik pasti ada dikalangan mereka yang akan bangkit menjadi pembela agama Allah SWT," ujarnya dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Peringkat Daerah Baling Tahun 1445H bertempat di Masjid Ridzwaniah, Pekan Baling. Jumlah penerima sumbangan ialah 450 orang yang terdiri daripada guru-guru al-Quran sukarela, mudim, bidan-bidan kampung, bomoh patah, penggali kubur dan jurumandi jenazah dan mualaf. Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar terus berjuang memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak walaupun berasal daripada keluarga yang miskin. Katanya dengan pendidikan terbaik dapat melahirkan seramai mungkin cendikiawan cerdik pandai di daerah Baling. "Kerajaan negeri terus prihatin untuk menyantuni semua. Saya bersama dengan YAB Menteri Besar Kedah dan barisan exco yang sentiasa berusaha memastikan nasib rakyat terbela," ujarnya lagi. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/21/2024, 10:15:13 AM 

Tiada ulasan