Header Ads

test

UPDA JADI SALAH SATU MEDIUM PENERANGAN NEGERI KEDAH ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mengambil inisiatif sendiri dalam menye...


UPDA JADI SALAH SATU MEDIUM PENERANGAN NEGERI KEDAH ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mengambil inisiatif sendiri dalam menyebarkan maklumat dan pencapaian negeri kepada rakyat. Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, dasar penerangan negara hanya memberi keutamaan kepada pihak yang memerintah di Putrajaya. "Tuan-tuan tidak akan melihat kejayaan kita di TV atau surat khabar kerana dasar penerangan di negara kita hanya memberi keutamaan kepada pihak yang memerintah di Putrajaya," katanya ketika memberi ucapan dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Muslim League Kedah di Seri Mentaloon, hari ini. Jelas beliau, maklumat terkini mengenai kejayaan dan pencapaian negeri Kedah, boleh diperoleh melalui laman rasmi Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA). "InsyaAllah, tuan-tuan boleh mengikuti penerangan terkini melalui semua platform media sosial Urus Setia Penerangan Darul Aman. "Tuan-tuan boleh mengetahui berita terkini negeri Kedah dan pencapaian yang telah kita capai," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 3/21/2024, 5:35:06 AM 

Tiada ulasan