Header Ads

test

WIRA TIDAK DIDENDANG SIK DIRAI SIK - Sukarelawan kampung merupakan wira tidak didendang yang cukup besar jasa kepada masyarakat...


WIRA TIDAK DIDENDANG SIK DIRAI SIK - Sukarelawan kampung merupakan wira tidak didendang yang cukup besar jasa kepada masyarakat. Pengorbanan dan khidmat masyarakat menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. "Tidak terhitung jasa dan budi mereka kepada kita semua seawal kita dilahirkan, terutama yang sebaya dengan saya dan yang lebih atas. "Begitu juga bomoh patah, guru Al Quran, jurumandi jenazah atau tukang gali kubur. Masing-masing ada cabaran yang tersendiri," katanya. Tambah Sanusi, satu lagi kategori diadakan pada tahun ini iaitu saudara baharu selain guru Al Quran, bidan kampung, tok mudim, tukang mandi jenazah, tukang gali kubur dan bomoh patah. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Masjid Al-Islah Bandar Baharu Beris Jaya, hari ini. Katanya lagi, tradisi memberikan sumbangan kepada sukarelawan telah berlangsung sejak tahun 2008, menunjukkan penghargaan kepada mereka yang memberikan kontribusi tanpa mengharapkan imbalan. "Sekali lagi setinggi tinggi penghargaan saya dan Kerajaan Negeri untuk semua Guru Al Quran sukarela, bidan kampung, bomoh patah, penggali kubur, jurumandi jenazah dan mudim-mudim kampung daerah Sik yang diraikan petang ini," ujarnya #UrusSetiaPeneranganDarulAman #mbkedah -UPDA 3/14/2024, 10:21:23 PM 

Tiada ulasan