Header Ads

test

CADANGAN BINA EMPANGAN AIR BAWAH TANAH DI LANGKAWI ALOR SETAR- Cadangan membina empangan air bawah tanah atau 'underground dam'...


CADANGAN BINA EMPANGAN AIR BAWAH TANAH DI LANGKAWI ALOR SETAR- Cadangan membina empangan air bawah tanah atau 'underground dam' (UGD) telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK). Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata cadangan itu akan dibawa ke peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Tambah Sanusi, konsultan Jepun telah membuat tinjauan ke lokasi UGD di Padang Matsirat, Langkawi. Jelas Sanusi, cadangan berkenaan adalah salah satu langkah penyelesaian jangka masa panjang bekalan air di pulau tersebut. "Sekiranya underground dam di Langkawi jadi, ia akan menjadi underground dam yang pertama dalam Malaysia," katanya. Beliau mengatakan demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah di Royal Kedah Club, hari ini. Tambahnya lagi, model UGD itu berasal dari Jepun dan LSANK akan ke sana bersama wakil teknikal untuk membuat tinjauan. "Model ini banyak digunakan di pulau-pulau di Jepun. "Kita akan adakan lawatan ke Jepun untuk melihat model tersebut bagi memastikan ia benar-benar berkesan bagi memastikan pembelanjaan RM300 juta ini tidak sia-sia," jelas Sanusi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 4/17/2024, 11:59:29 PM 

Tiada ulasan