Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli menerima aduan rakyat berkaitan lambakan sampah di Kampung Seberang Keladi. Berikutan itu beliau terus menghubungi pihak E-Edaman dan SWcorp untuk mengambil tindakan. Katanya, pihak E-Edaman telah melakukan pembersihan dan juga mengorek parit bagi mengelakkan pembuangan sampah di kawasan tersebut. Tambahnya lagi, tindakan susulan termasuk pendakwaan dan sitaan aset terhadap syarikat yang membuang sisa akan dibuat selepas ini. "Tidak ada yang akan terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang jika pencemaran sampah ini masih berlaku," tegasnya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/17/2024, 2:00:40 PM 

Tiada ulasan