Header Ads

test

EOLANE BUKA KILANG BAHARU DENGAN PELABURAN RM44.4JUTA KULIM – Syarikat pengeluar pemasangan papan litar tercetak (PCBA), Eolane...


EOLANE BUKA KILANG BAHARU DENGAN PELABURAN RM44.4JUTA KULIM – Syarikat pengeluar pemasangan papan litar tercetak (PCBA), Eolane dari Perancis membuka kilang baharu bagi menyediakan teknologi substrat IC dan fasiliti PCBA di Kulim Hi-Tech Park, Kedah melibatkan pelaburan berjumlah RM44.4 juta (8.7juta euro). Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pencapaian itu bukan hanya penting untuk Eolane malah bagi negeri Kedah dan Malaysia. "Saya percaya kita semua berkongsi perasaan kegembiraan dan optimis yang sama pada hari ini. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KTPC, MIDA, Invest Kedah, NCIA, dan PBT atas sokongan mereka yang berterusan dalam memudahkan pembangunan EOLANE di Kedah siap mengikut jadual," katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Eolane (Malaysia) Sdn. Bhd di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah. Kejayaan itu menurut beliau dijangka memberi kemajuan besar dalam pembuatan litar bersepadu (IC) substrat seterusnya membuka peluang pekerjaan dan mengukuhkan Kedah sebagai pusat teknologi di rantau Asia. Jelas Sanusi, industri elektronik merupakan komponen pertumbuhan utama dalam sektor pengeluaran Kedah dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan industri negara itu. "Pada tahun 2023, Kedah mencatat RM26.8 bilion, pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan. "Industri ini 41 peratus daripada pelaburan keseluruhan dalam sektor pengeluaran, " katanya. Jelasnya lagi, selain pelan pengembangan Fasa 4A KHTP itu , empat kluster industri baharu telah diluluskan untuk dibangunkan – iaitu industri berasaskan polimer, teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui, mesin dan peralatan (M&E). "Saya yakin bahawa Eolane akan mendapat manfaat jangka panjang daripada industri semikonduktor serta elektronik dan memanfaatkan peluang pertumbuhan rantau sambil menghubungkan dengan pelanggan sedia ada. "300 peluang pekerjaan yang ditawarkan bukan sahaja akan menaikkan keupayaan tempatan malah melengkapkan rakyat kita dengan set kemahiran yang diperlukan dalam teknologi pengeluaran substrat IC," ujar Sanusi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #pelaburan -UPDA 4/24/2024, 7:53:21 PM 

Tiada ulasan