Header Ads

test

IQDAR TERSENARAI INSTITUSI TAHFIZ TERBAIK DI MALAYSIA



ALOR SETAR - Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah tersenarai sebagai antara institusi tahfiz terbaik di Malaysia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali, pengiktirafan ini telah menunjukkan bahawa lonjakan kejayaan IQDAR dalam memastikan kembara agenda melahirkan huffaz adalah setanding dengan Institusi Tahfiz terkemuka lain di Malaysia.

"Sebagai sebuah Institusi yang berteraskan al-Quran, saya yakin IQDAR boleh memainkan peranan dalam melahirkan cendekiawan berteraskan al-Quran yang hebat pada masa depan," ujarnya dalam Majlis Graduasi Sah Khatam Hafazan Al-Quran Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) ke-37 di Dewan Konvokesyen Albukhary International University, di sini hari ini.

Katanya, Yayasan Islam Negeri Kedah serta kerajaan negeri akan terus komited dalam membantu IQDAR sebagai platform yang terbaik untuk mendidik masyarakat terutamanya para pelajar bagi menghayati al-Quran dan memahami isi kandungannya untuk diterjemahkan dalam tindakan dalam mengharungi cabaran kehidupan masa kini dan hari mendatang.

Tambah beliau, peningkatan graduan keluaran IQDAR setiap tahun telah memberi impak yang besar kepada pembangunan dan ekonomi negara.

Jelasnya, IQDAR mampu membina masa depan yang lebih gemilang terutama selepas diberi kepercayaan oleh pihak Darul Quran JAKIM untuk menganjurkan acara sukan peringkat kebangsaan pada tahun ini.

"Tahniah saya ucapkan kepada warga Akademik IQDAR kerana telah menjayakan kelangsungan pendidikan anak bangsa demi kelestarian hari esok," kata beliau lagi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA

Tiada ulasan