Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin hadir bagi membuat pelepasan 'Flag Off' peserta Kayuhan Sawadee Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar Alor Setar.
Seramai 400 peserta mengambil bahagian termasuklah 285 peserta daripada Thailand.
Sesi kayuhan melalui lima tempat ikonik di Alor Setar antaranya Medan Seni, Taman Jubli Emas, Muzium Padi, Muzium Kota Kuala Kedah dan Wat Nikrodharam Temple.
Turut hadir bersama ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, Dato' Haji Mohd Yusri Haji Daud; Timbalan Datuk Bandar Perbandaran Padang Besar, Attaphon Wichitphong; Setiausaha Perbandaran Padang Besar, Banhaen Potikul dan Pegawai Perbandaran Padang Besar, Chalnom Nualnim.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA
Post a Comment