Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama  Ketua Pejabat Laut Kuala Kedah Jabatan Laut Malaysia, Puan Halimatun Saadiah Kamih di Wisma Darul Aman, pagi ini. 

Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan nasib nelayan Kuala Kedah yang perlu berpindah ke lokasi baru bagi memberi ruang projek menaiktaraf Terminal Penumpang Jeti Kuala Kedah. 

Jalan penyelesaian secara tuntas sedang diambil bagi membela nasib nelayan, disamping itu pembangunan menaiktaraf terminal jeti bagi kemudahan rakyat di masa hadapan turut diperlukan bagi merancakkan sektor ekonomi setempat. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan