Header Ads

test

Kerajaan Negeri Kedah melalui Jawatankuasa Tetap Pengajian Tinggi Negeri Kedah telah menubuhkan suatu jawatankuasa rasmi mahasis...


Kerajaan Negeri Kedah melalui Jawatankuasa Tetap Pengajian Tinggi Negeri Kedah telah menubuhkan suatu jawatankuasa rasmi mahasiswa iaitu Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) yang akan bertindak menaungi mahasiswa Kedah dan anak Kedah yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah menghadiri Program Induksi Kepimpinan Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) bagi Sesi 2024/2025, semalam. "Sesi pencalonan dan temu duga telah dijalankan sepanjang tempoh 1 bulan ini. Alhamdulillah, hari ini telah selesai memberikan watikah pelantikan kepimpinan MINDA kepada mereka yang terpilih. "Tahniah dan syabas saya ucapkan atas pelantikan ini. Saya doakan anaknda mahasiswa semua dapat menjalankan amanah dengan baik demi negeri Kedah yang tercinta ini," ujar beliau. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/8/2024, 12:22:33 PM 

Tiada ulasan