Para perantau yang balik beraya ke kampung, kebanyakkan melaksanakan solat secara jamak qasar iaitu rukhsah yang diberikan dalam...
Para perantau yang balik beraya ke kampung, kebanyakkan melaksanakan solat secara jamak qasar iaitu rukhsah yang diberikan dalam Islam. Syarat Diharuskan Solat Jamak Dan Qasar: 1.Anda bermusafir bukan kerana maksiat 2.Perjalanan yang tentu tujuanya (bukan merayau tanpa tujuan) 3.Jarak perjalanan adalah melebihi dua marhalah iaitu 81 kilometer Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/186) menyebut salah satu daripada syarat sah solat jamak dan qasar bagi musafir: "Tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar." Ini berdasarkan hadis al-`Ala' bin al-Hadhrami bahawa Rasulullah SAW bersabda: يُقِيمُ الْمُهَاجِرُ بِمَكَّةَ بَعْدَ قَضَاءِ نُسُكِهِ ثَلَاثًا Maksudnya: "Orang Muhajirin bermukin di Mekkah selepas selesai menunaikan manasik selama tiga hari." (Riwayat Muslim) #UrusSetiaPeneranganDarulAman #updated -UPDA 4/8/2024, 11:07:10 AM
Post a Comment