Header Ads

test

KMC TAJA 18 PELAJAR TAHFIZ DUN KUPANG





BALING - Seramai 18 pelajar Maahad Tahfiz Al-Furqan Lanai DUN Kupang ditaja yuran pengajian bagi sesi 2024 menerusi sumbangan wakalah zakat oleh Kedah Medical Centre (KMC).


KMC menyumbangkan wakalah zakat bernilai RM54,000 bagi menampung yuran kesemua pelajar berkenaan.


ADUN Kupang, YB Brigedier Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad berkata, bantuan ini bukan yang pertama kali diberikan oleh KMC kepada Maahad Tahfiz Al-Furqan.


“Alhamdulillah, dengan sumbangan ini dapatlah anak-anak ini melanjutkan pengajian al-Quran dengan sempurna.


“Ini bukanlah kali pertama KMC membantu Maahad Tahfiz Al-Furqan, tetapi sumbangan ini telah masuk tahun yang ketujuh,” ujarnya selepas majlis penyerahan sumbangan di Surau Maahad Tahfiz Al-Furqan, pada Isnin.


Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada KMC di atas kesudian membantu maahad tahfiz di dalam DUN beliau. 


Beliau juga mendoakan agar KMC terus maju jaya dan berkembang pesat dalam dunia perubatan.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA

Tiada ulasan