Header Ads

test

KONGSI KEGEMBIRAAN AIDILFITRI BERSAMA ANAK YATIM ALOR SETAR - Yayasan TM berkongsi keceriaan Aidilfitri bersama 41 anak yatim d...


KONGSI KEGEMBIRAAN AIDILFITRI BERSAMA ANAK YATIM ALOR SETAR - Yayasan TM berkongsi keceriaan Aidilfitri bersama 41 anak yatim dengan membeli persiapan baju raya di Pekan Rabu, Alor Setar, hari ini. Program Cahaya Ramadan bersama anak yatim dari Rumah Badan Usaha Didikan Anak Yatim Negeri Kedah (BUDI), Yan itu menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Telekom Malaysia. "Saya dimaklumkan melalui program ini TM telah memperuntukkan sebanyak 12 ribu ringgit kepada hampir 41 anak-anak yatim dari Rumah BUDI yang akan diraikan untuk membeli kelengkapan baju raya bersama 'keluarga angkat' di Pekan Rabu," katanya Beliau berkata demikian ketika menyantuni anak-anak yatim dalam Majlis Sumbangan Baju Raya di Pekan Rabu tadi. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah-wajah mereka apabila diberi kebebasan memilih sendiri pakaian dan kasut, mengikut warna dan rekaan kegemaran masing-masing. Jelas Sanusi, inilah komitmen Kerajaan yang cuba diterapkan melalui slogan "Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua" menjadikan negeri Kedah ialah salah satu negeri tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti. "Inilah hasrat saya untuk melihat masyarakat kita sentiasa hidup dalam keadaan harmoni, kasih mengasihi dan hormat menghormati supaya Kedah akan sentiasa menjadi negeri yang terbaik untuk dihuni oleh semua golongan tanpa mengira darjat," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 4/6/2024, 8:28:02 PM 

Tiada ulasan