Header Ads

test

KONSEP KENANG BUDI DAN JASA PERLU DIHIDUPKAN SEMULA SUNGAI PETANI -Konsep mengenang budi dan menghargai mereka yang berjasa da...


KONSEP KENANG BUDI DAN JASA PERLU DIHIDUPKAN SEMULA SUNGAI PETANI -Konsep mengenang budi dan menghargai mereka yang berjasa dalam masyarakat perlu terus dihidupkan dan disuburkan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria, program menghargai kumpulan Guru al-Quran Sukarela, Bidan Kampung, Bomoh Patah, Mudim, Penggali Kubur dan Tukang Mandi Jenazah dan Mualaf pertama kali diadakan semasa zaman Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar pada tahun 2009. "Justeru itu, program ini sememangnya ada 'Sentimental Value' bagi YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi selaku Menteri Besar kini, "ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Daerah Sungai Petani mewakili Menteri Besar Kedah bertempat di Masjid Sultan Salahuddin, Bandar Puteri Jaya, di sini, hari ini. Tambah beliau, keraian dan penghargaan yang diusahakan ini masih tidak cukup berbanding dengan jasa besar yang disumbangkan oleh mereka kepada masyarakat selama ini. Jelasnya lagi, mereka inilah orang yang telah bersusah payah dan secara sukarela menunaikan tuntutan fardu kifayah terhadap masyarakat dan sukar digalas oleh orang lain. "Walau apa pun kesukaran, inilah pengorbanan yang dilakukan dengan tulus ikhlas kerana Allah untuk berbakti kepada masyarakat. "Mereka telah melaksanakan tuntutan untuk diri mereka dalam urusan "hablumminallah" dan "habluminannas" sekali gus," katanya. Beliau berharap akan ada pihak lain yang sudi mengambil inisiatif untuk menganjurkan program seumpama ini bagi meraikan para sukarelawan masyarakat ini dari masa ke masa yang lain sama ada di peringkat kampung, mukim atau sebagainya. Dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut, daerah Kuala Muda menerima 900 penerima sumbangan yang merangkumi enam DUN iaitu DUN Gurun, Dun Bukit Selambau, Dun Tanjung Dawai, Dun Pantai Merdeka, Dun Sidam dan Dun Bakar Arang. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/3/2024, 10:02:17 PM 

Tiada ulasan