Header Ads

test

MB KEDAH - NOSTALGIA 'DINDING SEKEPING ADIK SEORANG' ALOR SETAR - Pembinaan replika sebuah rumah kayu di Sambutan Rumah Terbuk...


MB KEDAH - NOSTALGIA 'DINDING SEKEPING ADIK SEORANG' ALOR SETAR - Pembinaan replika sebuah rumah kayu di Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Mentaloon menggamit nostalgia zaman kanak-kanak Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Menurut Sanusi, replika rumah kayu mempunyai sejarah tersendiri yang terpahat dalam ingatannya sejak tahun 1978. Jelasnya, replika yang dibuat tidak mengikut ukuran sebenar kerana rumah asalnya agak tinggi. "Rumah tu, abang saya serah adik saya melalui papan tu nak tarik masuk tak boleh, bila dah lenguh, lepasla, Itu jadi tajuk novel Dinding Sekeping Adik Seorang. "Tapi rumah tu tinggi boleh masuk bawah rumah, yang tu (replika) rendah ja," ujarnya ketika sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar di kediaman rasminya, di Seri Mentaloon pada hari ini. Tambah beliau, adiknya pernah terjatuh dari rumah pada ketinggian 10 kaki (3.04 meter). "Saya masih ingat adik jatuh (dari ketinggian) 10 kaki lebih tetapi umur dia masih panjang sampai hari ini, yang serah adik saya tu pun hidup lagi. "Dibuat replika tu untuk kenang-kenangan, nostalgia tahun 1978," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #rumahterbukaaidilfitri -UPDA 4/18/2024, 10:52:31 PM 

Tiada ulasan