Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


100 RIBU HADIR RUMAH TERBUKA MENTERI BESAR KEDAH ALOR SETAR - Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor mendapat sambutan luar biasa apabila kira-kira 100ribu orang menghadiri Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini hari ini. Masyarakat pelbagai kaum terdiri Melayu, Cina, India dan Siam mula menghadiri rumah terbuka berkenaan pada pukul 10 pagi bagi menikmati pelbagai juadah. Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata semua persiapan sama ada menu makanan, khemah dan keluasan tempat ditambah bagi menerima pengunjung. "Persiapan lebih sikit berbanding tahun lepas di segi ruang. "Ada penambahan medan baru yang boleh menampung 1200 orang dalam satu masa," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, hari ini. Tambah Sanusi, sebanyak 44 gerai dan pelbagai menu juadah telah disediakan untuk para pengunjung yang disasarkan lebih ramai daripada tahun lalu. Pada masa sama, majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Datuk Jamal Abdilah, Mawi, Acap S, Achey dan Fad Bocey serta penampilan PU Lokman dan Shoutul Amal. "Semua menu istimewa, ada artis seperti Jamal Abdillah, Mawi, dan lain-lain," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #rumahterbukaaidilfitri2024 -UPDA 4/18/2024, 5:50:03 PM 

Tiada ulasan