Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Muzium Negeri Kedah Bil 1 2024 bertempat di Wisma Darul Aman, pagi ini. Pelbagai perkara dapat dibincangkan dalam mesyuarat tersebut bagi mengangkat semula institusi muzium agar dapat berkembang serta mampu menarik lebih ramai pengunjung ke muzium dalam Negeri Kedah. Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (pembangunan), Dato' Haji Mohd Fauzi Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (pembangunan); wakil YB Dato' Penasihat Undang-undang Negeri Kedah; wakil YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kedah; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri; Wakil Pengarah Pendidikan Negeri; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri; Pengarah Jabatan Warisan Negara Zon Utara; Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah; Pengarah Muzium Negeri serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/4/2024, 3:18:31 PM 

Tiada ulasan