Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ADUN Kubang Rotan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin hadir mewakili YAB Menteri Besar Kedah ke Majlis Penyampaian Sumbangan kepada masyarakat terpilih Dun Kubang Rotan di Pusat Khidmat Dun Kubang Rotan, Kuala Sungai, semalam. Seramai 150 orang penerima hadir ke majlis penerimaan sumbangan tersebut yang terdiri daripada guru al-Quran, bidan kampung, tok mudim, tukang mandi jenazah, tukang gali kubur, bomoh patah, juru mandi jenazah dan saudara baharu yang memberi khidmat bakti dengan tulus ikhlas kepada masyarakat tanpa mengharapkan balasan dan keraian. Sumbangan ini merupakan inisiatif YAB Menteri Besar Kedah serta kerajaan negeri Kedah bagi meraikan insan yang berkhidmat kepada masyarakat setempat sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/4/2024, 12:18:18 PM 

Tiada ulasan