Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Maklumbalas JKR Berkaitan Isu Aduan Keretakan Permukaan Jalan Pada Jambatan Tok Pasai Pihak JKR telah membuat semakan awal di tapak pada 12 April 2024 terhadap aduan viral yang dibuat berkaitan keretakan struktur permukaan jalan dan seterusnya lawatan tapak sekali lagi bersama Pengarah JKR Kedah pada 15 April 2024. Hasil semakan mendapati aduan keretakan permukaan jalan yang diviralkan adalah merupakan aduan lama dan perkara berkenaan memang telah diambil maklum oleh pihak pihak JKR melalui pemantauan rutin jabatan. Keretakan struktur yang dikatakan oleh pihak pengadu bukannya keretakan struktur utama pada mana-mana komponen penting jambatan tersebut namun ianya adalah keretakan pada permukaan jalan yang diturap dimana dibahagian bawah kawasan turapan tersebut terletaknya expansion joint yang telah direkabentuk untuk menampung pergerakan struktur jambatan akibat daripada pengembangan dari cuaca panas dan penguncupan dari sejuk. Expansion joint berkenaan direkabentuk untuk turut menahan impak pergerakan jambatan daripada kenderaan berat yang lalu lintas pada jambatan berkenaan. Penyelenggaraan berkala bagi meningkatkan kebolehfungsian dan juga jangka hayat Jambatan Tok Pasai sentiasa dititik beratkan dan dilaksanakan oleh JKR dari masa ke semasa. Pihak JKR ingin menasihatkan pengguna jalan raya sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan jangka hayat Jambatan Tok Pasai kenderaan dan lori-lori lebih dari 3 tan adalah dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif lain memandangkan proses penyelenggaraan dan menaiktaraf jambatan berkenaan masih lagi berterusan dijalankan oleh JKR mengikut bajet peruntukan semasa yang ada. Sekian dimaklumkan. JKR Kedah JKR Daerah Kota Setar Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) Kementerian Kerja Raya Malaysia -UPDA 4/15/2024, 11:12:07 PM 

Tiada ulasan