Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Pusat Jagaan Rumah Transit Anjung Kasih (PJRTAK) Daerah Langkawi di Bilik Mesyuarat Exco Wisma Darul Aman. Mesyuarat ini berkisar kepada agenda penubuhan Rumah Transit yang akan ditubuhkan bagi menggantikan Pusat Jagaan Anjung Kasih Langkawi yang kini menempatkan anak yatim dan miskin. Penukaran fungsi pusat jagaan ini sedang dilaksanakan dengan pendaftaran pusat jagaan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah dan disusuli dengan projek menaiktaraf premis berkenaan. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Negeri Kedah, Dato' Zulkhari Zainol Abidin; Pegawai Daerah Langkawi, Tuan Mohamad Subhi Abdullah; Penolong Pegawai Daerah Langkawi, Tuan Hj Zulkifli Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komuniti JKM Negeri Kedah, Faizal Abu Bakar dan Penghulu Abdul Malek, Penghulu Mukim Kuah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/1/2024, 2:00:27 PM 

Tiada ulasan