Header Ads

test

‘PROGAM JIWA MURNI’ ANTARA ATM DAN MASYARAKAT DIPERBANYAKAN SUNGAI PETANI – Kerajaan Negeri menyambut baik apa sahaja program-...


'PROGAM JIWA MURNI' ANTARA ATM DAN MASYARAKAT DIPERBANYAKAN SUNGAI PETANI – Kerajaan Negeri menyambut baik apa sahaja program-program ke arah membantu masyarakat. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berharap agar program bersama masyarakat awam dan membina ukhwah dapat diteruskan. "Saya tidak lupa akan jasa-jasa tuan-tuan, walaupun berkhidmat dalam menjaga keselamatan, juga memiliki jiwa yang murni untuk turut membantu masyarakat yang ditimpa musibah. "Terutamanya tuan-tuan yang turut masuk ke kampung-kampung untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan kediaman orang kampung,"katanya Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Angkatan Tentara Malaysia (ATM) Negeri Kedah di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani. Dalam perkembangan sama, beliau mengucapkan penghargaan kepada Anggota ATM atas kerjasama yang diberikan dalam menghadapi pandemik Covid-19. "Alhamdulillah, dalam tempoh empat tahun saya diberi amanah memimpin negeri, dan terpaksa menghadapi saat gentar pandemik Covid-19. "Saya mendapat kerjasama daripada semua pihak, terutama dari tuan-tuan di bahagian hadapan pertahanan negara. Dengan kerjasama daripada tuan-tuan kesukaran yang kita hadapi dapat ditangani dengan lebih mudah," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #Ramadan -UPDA 4/1/2024, 3:02:04 PM 

Tiada ulasan