Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


SITUASI SEMASA HENTI TUGAS LRA PELUBANG YANG BERPUNCA DARIPADA GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK TNB SADA ingin memaklumkan status terkini kerja-kerja penggantian kabel bekalan utama yang mengalami kerosakan di LRA Pelubang telah siap dilaksanakan sepenuhnya pada jam 4.00 pagi tadi. Pada jam 7.15 pagi tadi, LRA Pelubang mula beroperasi secara kapasiti penuh. Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza antara kawasan bergantung kepada jarak premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan. SADA akan terus memantau proses pemulihan bekalan air bagi memastikan para pengguna yang terkesan menerima bekalan air secepat mungkin. Sebarang aduan atau pertanyaan, para pengguna boleh menghubungi talian hotline di 1300 88 0017. Maklumat berkenaan gangguan bekalan air ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi platform digital rasmi Syarikat Air Darul Aman serta laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my. Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. -UPDA 4/22/2024, 10:15:47 AM 

Tiada ulasan