Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ADUN Bayu, YB Mohd Taufik Haji Yaacob menziarahi warga emas uzur yang tinggal sebatang kara di Kampung Bandar, Mukim Siong, Baling. Pihak Pusat Khidmat akan berbincang dan mencari penyelesaian untuk membantu warga emas mendapat tempat perlindungan. Katanya juga, pihaknya juga akan berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya. Hadir sama, Penghulu Mukim Siong, Muhammad Noor Hassan, Pengerusi MKK Kampung Bandar, Alias Ibrahim, Pengerusi MKK Kampung Siput, Mahayudin Malek, Setiausaha MKK Kampung Bandar, Muhammad Ghazali Dolah dan Setiausaha MKK Kampung Siput, Mohd Rosdi Mohd Zamberi. Dimaklumkan, warga emas tersebut telah mendapat perhatian oleh JKM dan Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini. Beliau merakamkan terima kasih kepada semua terlibat yang pantas melaksanakan tugas membantu rakyat. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/16/2024, 3:49:19 PM 

Tiada ulasan