Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah bersama Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah perkenan berangkat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia dan Veteran Kurang Upaya serta Balu Veteran ATM di Raia Hotel, Alor Setar. Keberangkatan DYTM disambut oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Isteri, Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; Pegawai Daerah Kota Setar, Tuan Haji Hakim Ariff Md. Noor; dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Zambery Jefry Haji Darus; serta dif-dif kenamaan yang lain. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 4/9/2024, 4:44:20 PM 

Tiada ulasan