Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Kedah perkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, Alor Setar. Turut berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah bersama Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah. Keberangkatan DYMM dan DYTM disambut oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan isteri, Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Haji Norizan Khazali; Exco Negeri Kedah, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat; Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato' Paduka Sheikh Fadzil Bin Haji Awang; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato' Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #aidilfitri2024✨🌙 -UPDA 4/10/2024, 3:04:47 PM 

Tiada ulasan