Header Ads

test

Dalam kita bergembira menyambut Aidilfitri, rebut juga peluang untuk meraih satu amalan sunat setelah tibanya Syawal iaitu denga...


Dalam kita bergembira menyambut Aidilfitri, rebut juga peluang untuk meraih satu amalan sunat setelah tibanya Syawal iaitu dengan berpuasa enam. Sangat besar ganjaran berpuasa enam Syawal iaitu seumpama berpuasa setahun penuh. Mazhab Syafie menyatakan bahawa puasa enam merupakan ibadah sunat sepanjang Syawal tidak kira sama ada dilakukan secara berturut-turut atau berpisah. NIAT PUASA ENAM • Niat Puasa Enam Sahaja نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ شَوَّالْ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى Maksudnya: "Sahaja aku berpuasa sunat Syawal pada esok hari, kerana Allah Taala." • Niat Puasa Qada (Ganti) dan Puasa Enam Syawal نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً وَصَوْمَ شَوَّالْ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى Maksudnya: "Sahaja aku berpuasa ganti Ramadan yang wajib ke atas diriku beserta puasa sunat Syawal pada esok hari, kerana Allah Taala." #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/11/2024, 10:00:18 AM 

Tiada ulasan