Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Setiap Selasa, kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada menjalankan rutin harian dengan membaca Surah Ar-rahman dan sebuah hadis daripada Kitab 40 Hadis Pembangunan Insan Sejahtera. Buku hadis tersebut di bawah kendalian Pejabat Exco Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali. Alhamdulillah, baru-baru ini pihak PKWR mengadakan Khatam Kitab Hadis 40 yang disempurnakan oleh ADUN Bukit Pinang, YB Romani Wan Salin. ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood berkata, selepas ini pihaknya akan meneruskan pula bacaan kitab 40 ayat Al-Quran yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Semoga dengan pembacaan Al-Quran dan hadis ini memberi keberkatan dalam kehidupan seharian. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 4/25/2024, 2:00:27 PM 

Tiada ulasan