Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin merasmikan Program Sinari Kasih empowerNCER Kota Setar dan seterusnya menyampaikan sumbangan berupa penajaan peralatan kepada beberapa peserta empowerNCER Kota Setar, di samping sumbangan bakul makanan. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) atas inisiatif melaksanakan program berimpak tinggi seperti empowerNCER yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat. Program itu jelas berjaya meningkatkan kemahiran dan pendapatan para peserta yang terdiri daripada golongan B40 dan salah satu bukti kejayaan itu dapat dilihat apabila peserta-peserta empowerNCER turut mampu menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan yang dirai pada Program Sinari Kasih itu. Program turut dihadiri oleh Penolong Pengurus Besar Modal Insan, Kedah & Perlis, Puan Suhaila Mohd Nazer; Pengurus Projek empowerNCER Kedah & Perlis, En Saiful Nizam Zulkifli dan Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar, Hj Muhamad Riduan Othman. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/7/2024, 10:43:45 AM 

Tiada ulasan