Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengadakan Majlis Moreh bersama Pengamal Media Kedah bertempat di Kompleks Batu 9, Kota Sarang Semut hari ini, di sini. Majlis ini diadakan untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama pengamal media yang bertungkus lumus menyampaikan info penting kerajaan negeri Kedah. "Saya yakin sebagai pengamal media, kita buat kerja untuk manfaat orang lain, jadi pastikan niat kita betul untuk mendapat ganjaran pahala," ujarnya. Beliau turut mengingatkan untuk penganut agama Islam menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan sebaiknya. Turut hadir ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood; Presiden Kesatuan Media Negeri Kedah, Adie Suri Zulkeflli; Penolong Pegawai Editor UMK, Mohd Salman Bahar Mehat dan Timbalan Pengarah UPDA, Mohd Fariiqul Amin Rosli. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/4/2024, 10:59:07 AM 

Tiada ulasan