Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Muazam Shah, berangkat ke Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah di Menara Majlis Pembandaran Sungai Petani (MPSPK). Turut berangkat Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Muazam Shah serta Yang Teramat Mulia Datin Paduka Dato' Tunku Hajah Nafisah Binti Almarhum Sultan Badlishah. Turut berlangsung sesi Penyampaian sumbangan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Muazam Shah yang merupakan Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato' Ustazah Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali dan Dato' Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim, Mantan Setiusaha Kerajaan Negeri Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/7/2024, 12:20:47 PM 

Tiada ulasan