Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM), Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat ke Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman di Masjid Zahir Alor Setar, Kedah. Turut berangkat Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehudin, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Tuanku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehudin. Keberangkatan tiba Baginda Tuanku disambut oleh, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi md Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Haji Norizan Khazali; Exco Agama dan Pendidikan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat; Exco Pelancongan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin; Ahli Parlimen Pendang, YB Dato' Awang Haji Hasim; Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi; Speaker DUN Kedah, YB Zubir Ahmad; dan Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato' Paduka Sheikh Fadzil Haji Awang. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 4/7/2024, 11:31:26 AM 

Tiada ulasan