Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Jualan amal dua ekor lembu anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Gurun mendapat sambutan yang menggalakkan oleh penduduk Gurun. Jualan Amal Gurun ini merupakan salah satu inisiatif dalam usaha membantu penduduk setempat untuk mengurangkan bebanan Kos Sara Hidup pada ketika ini dengan membeli daging harga yang istimewa sempena menyambut perayaan Aidilfitri. "Alhamdulillah, pagi ini selesai jualan amal 2 ekor lembu sado kepada penduduk-penduduk Gurun, sambutan yang amat menggalakkan. Setelah subuh dah pakat mai beratur, tak sampai sejam daging habis dijual," ujar ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/8/2024, 1:45:55 PM 

Tiada ulasan