Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kubang Pasu menyantuni dua buah rumah mangsa ribut puting beliung di Kampung Gelong Rambai Tunjang, Mukim Jeram. Kejadian tersebut berlaku sehari sebelum umat Islam meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Kejadian melibatkan dua buah rumah dan salah satu daripada mangsa tiada tempat berteduh di hari kejadian. Dalam lawatan ke rumah mangsa, Dato' Hajah Halimaton menyampaikan sedikit sumbangan awal wang tunai, bakul makanan dan pihak JKM telah menyampaikan Wang Tabung Bantuan Sejahtera (TBS) sebanyak RM300 untuk setiap Ketua Isi Rumah beserta set kit bencana. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/17/2024, 1:00:23 PM 

Tiada ulasan