Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MBAS TERIMA ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD (2024-2026) PERINGKAT KEBANGSAAN Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah berjaya mematuhi kriteria penilaian ASEAN Clean Tourist City Standard dan terpilih untuk menerima Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard (2024-2026) peringkat Kebangsaan. Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato' Haji Mohd Yusri Haji Md Daud diiringi Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dan Strategik MBAS, Bohari Md. Yusof hadir menerima anugerah berkenaan di majlis penganugerahan yang telah diadakan bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Dato' Roslan Tan Sri Abdul Rahman. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/30/2024, 4:00:53 PM 

Tiada ulasan