Header Ads

test

TOP 6 PENINGKATAN EKSPORT BAGI MAC 2024




PUTRAJAYA- Nilai eksport meningkat di Perak sebanyak RM1.5 bilion, Kuala Lumpur (RM1.3 bilion), Terengganu (RM929.9 juta), Pahang (RM522 juta), Kedah (RM151.7 juta) dan Kelantan (RM36.2 juta).


Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 32 peratus, diikuti oleh Johor (20 peratus), Selangor (16.9 peratus), Sarawak (8.1 peratus) dan Kuala Lumpur (4.5 peratus).


"Prestasi eksport Malaysia pada Mac 2024 bernilai RM128.6 bilion, penurunan sebanyak RM1 bilion atau 0.8 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


"Penurunan itu dipengaruhi oleh eksport yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Selangor (-RM2.1 bilion), Labuan (-RM1.6 bilion), Melaka (-RM686.2 juta), Sabah (-RM443.8 juta), Sarawak (-RM260.9 juta), Pulau Pinang (-RM129.8 juta), Negeri Sembilan (-RM118.5 juta), Johor (-RM44.6 juta) dan Perlis (-RM27.0 juta)," ujar beliau dalam satu kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Mac 2024 yang diterbitkan oleh DOSM, hari ini.


Tambah Mohd Uzir, import pada Mac 2024 meningkat RM12.9 bilion atau 12.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu.


Katanya, peningkatan disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM8.2 bilion), Melaka (RM1.6 bilion), Negeri Sembilan (RM1.2 bilion), Kuala Lumpur (RM1 bilion), Selangor (RM996.7 juta), Kedah (RM419.7 juta), Pahang (RM152.6 juta), Terengganu (RM92.1 juta), Kelantan (RM71 juta), Sabah (RM55.5 juta) dan Labuan (RM30.3 juta).


"Johor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 27.9 peratus, diikuti oleh Selangor (23.6 peratus), Pulau Pinang (19.2 peratus), Kuala Lumpur (7.5 peratus) dan Kedah (5.0 peratus)," katanya.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan