Header Ads

test

SIK BERPOTENSI MENJADI HAB PADI HUMA NEGERI KEDAH


Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melaksanakan penanaman padi huma sebagai inisiatif membantu golongan asnaf. 

Projek Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SBBA) itu melibatkan sawah terbiar seluas 12.1 hektar dengan usaha sama LZNK, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Jabatan Pertanian Negeri Kedah.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, berkata seramai empat peserta telah dipilih untuk menjalankan penanaman padi huma dengan bimbingan LZNK. 

"Ini adalah salah satu usaha yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk memperluaskan kawasan penanaman padi," katanya selepas merasmikan benih padi huma di Kampung Radik, Chepir.

Dalam perkembangan yang sama, Sanusi menjelaskan bahawa LZNK mengusahakan enam varieti padi huma di Lembah Radek, antaranya adalah Tangkai Langsat, Jarum Galah, Tok Ya, Vario, Padi Perang dan Padi Hitam. 

Tambahnya, kerajaan negeri sedang berusaha menjadikan daerah Sik sebagai hab padi huma dengan kerjasama LZNK dengan meluaskan lagi tanaman di sawah dan tanah terbiar. 

"Lembaga Zakat Negeri Kedah yang menguruskan projek ini memberi tumpuan kepada sawah terbiar dan tanah bukit terbiar untuk usahakan padi Huma. 

"Kita pelawa penduduk Sik yang ada tanah seperti ini di celah-celah dusun durian boleh diusahakan penanaman padi Huma, bénih boleh dapatkan di Lembaga Zakat Negeri Kedah,"katanya.



Tiada ulasan