Header Ads

test

SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN




ALOR SETAR - "Sukan berbasikal sebagai daya tarikan pelancongan". 


Seramai 285 orang peserta Thailand tiba sempena program Kayuhan Sawadee Alor Setar 2024. 


Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Haji Mohamad Radhi Mat Din menyambut ketibaan peserta kayuhan di Dataran Starwalk, Alor Setar semalam. 


Menurut beliau, kayuhan berkenaan merupakan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan turut melibatkan peserta Malaysia seramai 100 orang. 


Tambahnya, program itu sebahagian daripada memperkenalkan keunikan Bandaraya Alor Setar dalam kempen 'Mai Singgah Alor Setar 2024'.


"Keunikan Alor Setar mempunyai potensi untuk menjadi laluan 'must-ride' bagi penunggang basikal untuk menikmati permukaan jalan yang mendatar dengan panorama indah di kedua-dua sisi jalan.


"Selamat datang kepada semua peserta Kayuhan Sawadee dari Thailand dan Malaysia, yang jumlahnya hampir 400 orang akan mulai kayuhan ke Medan Seni, Taman Jubli Emas, Muzium Padi, Muzium Kota Kuala Kedah dan akhirnya ke Kuil Wat Nikrodharam," katanya. 


Majlis turut diserikan dengan persembahan Citra Malaysia - Colours Of Malaysia 'Lenggok Oghang Kedah' oleh Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) Negeri Kedah.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan