Header Ads

test

SURAH AL-JUMU’AH MODEL BINA KESATUAN DAN TRANSFORMASI UMMAH ALOR SETAR - Panduan daripada surah al-Jumu'ah adalah model bagi me...


SURAH AL-JUMU'AH MODEL BINA KESATUAN DAN TRANSFORMASI UMMAH ALOR SETAR - Panduan daripada surah al-Jumu'ah adalah model bagi membina kesatuan dan transformasi sosial ummah yang kuat dan jitu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad berkata kerangka fikir yang dibawa dalam surah al-Jumu'ah ini perlu dipasakkan dalam diri pemimpin, agamawan dan ummah secara keseluruhannya. "Al-Quran adalah kitab penyelesaian kepada masalah manusia dan ianya selari dengan tema Surah Al-Jumu'ah dalam World Quran Hour 2024 kali ini," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian World Quran Hour 2024 bertempat di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) di sini, hari ini. Tambahnya, program yang diadakan secara besar-besaran seumpama ini akan menyalakan semula keindahan membaca al-Quran di penghujung Ramadan dan pihak kerajaan negeri Kedah memberi sokongan penuh kepada pihak perpustakaan agar program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Jelas beliau lagi, kempen ini merupakan inspirasi dan cetusan agar potensi setiap individu dapat dilonjakkan dan diterjemahkan berlandaskan sistem operasi al-Quran serta penyelarasan kerangka fikir yang dipandu oleh Sunnah Rasullulah SAW. "Janganlah Al-Quran itu hanya dibaca pada hari kematian atau sebagai pembukaan kepada sesuatu majlis semata-mata bahkan hendaklah sentiasa menjadi kelaziman seharian kita. Sepatutnya Al-Quran menjadi amalan dalam kehidupan umat Islam," katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/4/2024, 11:32:59 AM 

Tiada ulasan