Header Ads

test

76 Tahun hak rakyat Palestin di tanah air mereka sendiri dinafikan


76 Tahun hak rakyat Palestin di tanah air mereka sendiri dinafikan. 15 Mei 1948 merupakan Hari Nakbah iaitu tarikh bermulanya pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Kini Zionis Israel sedang melakukan kezaliman yang amat dahsyat kepada penduduk Palestin dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai. Israel telah menyerang penduduk Palestin di kawasan Rafah melalui jalan darat. Penduduk sudah hilang tempat berlindung sedangkan Rafah itu menjadi tempat perlindungan akhir dan selamat. Dunia tidak boleh berdiam dengan kekejaman ini. Teruskan menyatakan sokongan kepada Palestin dan mendoakan kemenangan buat umat Islam. #AlleyesonRafah #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/15/2024, 12:00:06 PM 

Tiada ulasan