Header Ads

test






 ADUN Sungai Tiang, YB Abdul Razak Khamis berpeluang membuat lawatan ke Kampung Tok Beng, Kampung Sawa dan Kampung Baru bagi meninjau projek yang diluluskan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai Tiang, baru-baru ini.

Alhamdulillah projek jalan Kampung Tok Beng telah siap dilaksanakan dan projek rumah di Kampung Baru masih dalam pembinaan. 

Selain itu, projek ban air di Kampung Sawa akan dibina sendiri oleh penduduk dengan bantuan dan bahan binaan yang disalurkan oleh PKWR DUN Sungai Tiang.

Diharapkan, projek-projek ini dapat memberi manfaat kepada penduduk.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan