Header Ads

test

ALL EYES ON RAFAH




Seluruh dunia menyaksikan kekejaman Israel laknatullah sedang membakar hidup-hidup rakyat Palestin di Rafah.

Alasan dungu yang diberikan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tindakan tenteranya adalah satu kesilapan  dan tidak bertujuan untuk menyebabkan kematian terhadap orang awam tetapi untuk memusnahkan pejuang Hamas.

Kini, Israel telah memindahkan kira-kira 1 juta penduduk Palestin yang disahkan tiada kaitan dengan Hamas.

Sekurang-kurangnya 40 orang awam maut dan ramai yang lain cedera kebanyakannya wanita dan kanak-kanak akibat pengeboman Israel ke atas khemah-khemah perlindungan mereka yang hilang tempat tinggal di barat laut Rafah, selatan Gaza, lapor agensi berita dan penerangan Palestin (WAFA).

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan mereka yang berada di dalam khemah ketika pengeboman terbakar hidup-hidup!

Mari sama-sama kita mendoakan kezaliman Israel dibalas segera oleh Allah SWT dan semoga seluruh rakyat Palestin dilindungi oleh Allah SWT.

#AlleyesInRafah#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan