Header Ads

test


 Suasana hiba dan sayu menyelubungi semua yang hadir sebaik sahaja jenazah Sarjan Faridah Abd Rahman,39, selamat tiba di Masjid Al-Anwar  Kampung Tengah Mukim Tualang Pokok Sena Mukim Tualang pagi tadi.

Saya turut hadir bersama isteri, Puan Nuha Che Md Isa bagi memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah anggota Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan itu tiba di Masjid Al-Anwar jam 9 pagi.

Ratusan jemaah termasuk pegawai-pegawai dan anggota KAGAT serta ahli keluarga hadir untuk solat jenazah Allahyarhamah dan selamat dikebumikan mengikut adat istiadat tentera.

Hadir sama, Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Md Dom.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah telah dibawa pulang dari Lubnan menggunakan pesawat komersial pada 23 Mei (Khamis) jam 5.05 waktu Malaysia dan tiba di tanah air pada Jumaat (24 Mei) jam 9.50 malam waktu Malaysia.

Sebaik tiba, solat jenazah dilaksanakan oleh pihak ATM di Pengkalan Udara Subang dan diberikan penghormatan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya menggunakan pesawat angkut TUDM.

Mengikut bedah siasat oleh pihak Hospital Hammoud Saida Lubnan mengesahkan Allahyarhamah meninggal dunia kerana sakit jantung.

Allahyarhamah meninggalkan empat anak berusia 4 tahun hingga 13 tahun.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman di syurga sana. Didoakan ahli keluarga yang diuji dengan insan tersayang ini diberikan ganjaran pahala besar dan kesabaran.

Kredit : YB @Dato’ Najmi Ahmad (ADUN Kupang)

Tiada ulasan