Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah mempengerusikan Sesi Perbincangan bersama Pejabat MIDA Kedah/ Perlis dan Bahagian Teknologi Hijau MIDA di Wisma Darul Aman, Khamis lalu.

MIDA dalam usaha membina jaringan bersama syarikat-syarikat berpotensi di Kedah bagi membincangkan rancangan pelaburan syarikat dan memudahcarakan projek-projek agar dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

Selain itu, MIDA juga sedang menyelaras usaha-usaha penggalakan dan fasilitasi pelaburan terutamanya pelaburan teknologi hijau di Malaysia bagi mencapai matlamat Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara neutral karbon seawal tahun 2050.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan