Header Ads

test





 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin hadir ke Perasmian Festival Hari Muzium Antarabangsa di Auditorium Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Festival Hari Muzium Antarabangsa bermula dari 13 Mei 2024 hingga 22 Mei 2024, penglibatan Lembaga Muzium Negeri seluruh Malaysia serta penyertaan daripada negara luar seperti Indonesia, Singapura dan lain lagi.

Festival tersebut dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeaw.

Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Salleh Saidin berkesempatan mengadakan lawatan ke reruai pameran pempamer dari setiap negeri dan agensi. 

Tidak terkecuali, Lembaga Muzium Negeri Kedah turut mempamerkan seni tradisional Negeri Kedah iaitu Wayang Gadek untuk tatapan dan perkongsian ilmu dengan pengunjung yang hadir.

Hadir sama dalam majlis perasmian Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri seluruh Malaysia; Pengarah-Pengarah Lembaga Muzium Negeri; Ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA

Tiada ulasan