Header Ads

test







 Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim di Ar-Riyadah Residence, Kuala Terengganu. 

Kunjungan hormat diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua negeri terutamanya di bawah portfolio Belia dan Sukan.

Delegasi Negeri Kedah juga dibawa melawat ke tempat fasiliti yang disediakan di Ar-Riyadah Residence dan di Arena Boling Padang. 

Turut dihadiri Pengarah MSN Kedah, En Zulzuraidy Othman; Penolong Pengarah BPEN, En Mohd Afiq Faiz Mohd Ridzam Affendy; Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Kedah, Ku Muhyi Ku Abd Hamid dan Pengarah Sekretariat Belia Negeri Kedah, Ustaz Saiful Syazwan Shafie.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan