Header Ads

test






 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Karnival Kedah Sejahtera Lestari Bersama di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, Wisma Darul Aman, semalam.

Program bersiri ini dianjurkan oleh Pejabat Exco Alam Sekitar dan akan bermula selepas Program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah pada 2 Jun nanti.

Inisiatif itu adalah lanjutan daripada program alam sekitar yang bertujuan menjadikan negeri Kedah sebagai negeri paling hijau dan terbersih di Malaysia. 

Karnival Kedah Sejahtera Lestari Bersama akan melibatkan pelbagai aktiviti dan kempen kesedaran alam sekitar yang bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat setempat.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan