Header Ads

test

 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Mesyuarat Tahunan Kali Ke-12 Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kampung Baru dan Seberang Kota bertempat di Dewan Kampung Baru Hilir, Taman Kota Nelayan. 

Dalam ucapan pada majlis itu beliau menegaskan peri pentingnya peranan penjaja dan peniaga kecil dalam kitaran ekonomi semasa. Mereka adalah nadi masyarakat, pemudah cara kehidupan, penyedia kepada kehendak dan pengisi kepada keperluan. Tanpa mereka sukar untuk dibayangkan kehidupan kita sehari-harian.

Selain memperjelaskan tentang sokongan berterusan Kerajaan Negeri kepada golongan usahawan termasuk penjaja dan peniaga kecil melalui geran, skim kredit mikro dan sebagainya, beliau turut berpesan supaya setiap mereka fokus pada perniagaan yang dijalankan, sentiasa bersedia mendepani cabaran, menitikberatkan soal mutu dan perkhidmatan.





“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA

Tiada ulasan