Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen menghadiri Program Perkongsian mengenai kes penipuan dan jenayah komersial yang dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia dan Persatuan Dewan Perhimpunan Cina Kedah.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina, beliau menggesa agar aktiviti seumpama ini yang dianjurkan oleh pihak berkenaan tidak berhenti di situ sahaja.

"Pada masa akan datang, kita boleh menganjurkan pengeluaran filem pendek mengenai kaedah-kaedah pencegahan penipuan untuk membuatkan orang ramai lebih berwaspada," katanya kepada lebih 200 orang hadirin yang hadir.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan