Header Ads

test





 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil 1/2024 di Dewan Tun Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, YB Datuk Ewon Benedick.

Mesyuarat itu secara langsung membuka ruang perbincangan mengenai pelbagai perkara berkaitan gerakan koperasi. 

YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin memanfaatkan kesempatan itu untuk bertukar-tukar pandangan, meninjau pengalaman dan berkongsi buah fikiran sejajar dengan hasrat dan usahanya untuk memastikan pembangunan koperasi di Negeri Kedah sentiasa seiring dengan kemajuan gerakan koperasi di negara ini dan bertepatan dengan Dasar Koperasi Malaysia 2030.

Hadir bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, YB Dato' Ramanan Ramakrishnan; Ketua Setiausaha Kementerian, Dato' Sri Suraini Dato' Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Haji Zamri Salleh; Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal; Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri; dan Ketua-ketua Jabatan serta agensi persekutuan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA

Tiada ulasan